Pembentukan
awan berlaku hampir keseluruhannya pada bahagian bawah atmosfera yang dikenali
sebagai Troposfera. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang
berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis (stratiform).
Size, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan
kesetabilan atmosfer. Atmosfer dibagi kepada tiga peringkat didefinasikan
mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan
tertentu seperti berikut:
Peringkat
|
Kawasan
Tropika
|
Kawasan Berhawa
Sederhana
|
Kawasan
Kutub
|
Tinggi
|
6 – 18km
|
5 – 13 km
|
3 – 8 km
|
Pertengahan
|
2 – 8 km
|
2 – 7 km
|
2 – 4 km
|
Rendah
|
Dari paras muka bumi ke 2 km
|
Dari paras muka bumi
ke 2 km
|
Dari paras muka bumi to 2 km
|
Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam
peringkat-peringkat tersebut diatas seperti berikut:
- Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan stratus.
- Awan peringkat pertengahan : Altokumulus.
- Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus.
Genera selebihnya tidak tergolong kedalam peringkat – peringkat tersebut
diatas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari
satu peringkat ke peringkat lain seperti
berikut:
- Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi.
- Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah .
- Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.
http://www.google.co.id/imgres?imgurl=http://masdiisya.files.wordpress.com/2011/01/clouds.jpg&imgrefurl=http://www.kaskus.us/showthread.php%3Ft%3D7028263&usg=__BvHG6SACbb_vQEbpP0wjEPt_RPU=&h=540&w=720&sz=198&hl=id&start=2&sig2=fwdQ1fKCzqhmhU0IPeAJag&zoom=1&tbnid=Nwi0yoJvUuFSTM:&tbnh=105&tbnw=140&ei=jEO9TsbPOYbwrQeDkqnHAQ&prev=/search%3Fq%3Dmacam-macam%2Bawan%26um%3D1%26hl%3Did%26client%3Dfirefox-a%26sa%3DN%26rls%3Dorg.mozilla:id:official%26tbm%3Disch&um=1&itbs=1
skala beaufort
http://www.google.co.id/imgres?q=skala+beaufort+awan&um=1&hl=id&client=firefox-a&sa=N&rls=org.mozilla:id:official&sout=0&tbm=isch&tbnid=muPtn2Z4tbOltM:&imgrefurl=http://stephanlarsson.wordpress.com/category/clipper-round-the-world-2011-12/page/2/&docid=Z80cvP5HktMW5M&imgurl=http://www.slushpupie.com/media/images/beaufort_scale.jpg&w=1854&h=1380&ei=6kO9Tt6qEY-zrAeRp-HvAQ&zoom=1&biw=1366&bih=552
Tidak ada komentar:
Posting Komentar